Ilmu Fiqh
View PDF | Print View
by: Syafrein Effendiuz
Total views: 0
Word Count: 5762
Date: Tue, 17 Aug 2010 Time: 11:30 PM
Pendahuluan
في التعريف بعلم الفقه ، ومصادره، وبعض مصطلحاته
Perihal definisi ilmu fiqh (fekah) dan sumber-sumbernya, dan beberapa terminologi yang berkaitan dengannya.
Makna Fekah (معنى الفقه ):
Fiqh (الفقه )mempunyai dua makna, pertama, makna dari segi bahasa, dan kedua, makna dari segi
istilah.
Makna fiqh dari sudut bahasa: kefahaman (الفهم ).
Kalimah:فقه يفقه sama makna dengan: فهم يفهم.
Firman Allah SWT:
فَمَالِ هَـٰؤُلَاءِ الْقَوْمِ لَا يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ حَدِيثًا
Terjemahan: Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikitpun? (4:78)
Kalimah يفقهون sama makna dengan يفهمون. (memahami).
Firman Allah SWT:
وَلَـٰكِن لَّا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ ۗ
Terjemahan: … tetapi kamu sekalian tidak memahami tasbih mereka (17:44).
Kalimah تفقهون لا sama makna dengan لا تفهمون (yakni: tidak memahami).
Sabda Rasulullah:
إن طولَ صّلاةِ الرّجُلِ وقِصَرَ خُطْبَتِهِ مَئِنّةٌٌ مِنْ فٍقْهِه) رواه مسلم: 869(
Terjemahan: Sesungguhnya panjangnya solat seseorang dan pendeknya khutbah merupakan tanda kedalaman kefahamannya (فٍقْهِه = fekahnya). (Riwayat Muslim)
Adapun makna secara istalahnya terdiri dari dua macam:
Pertama, untuk mengetahui hukum-hukum syar’iyyah yang berkaitan dengan amalan-amalan dan ucapan orang yang telah mukallaf yang diperolehi dari dalil-dalil yang terperinci, iaitu nas-nas daripada al-Quran, Sunnah, dan nas-nas yang bersumber dari kedua-duanya, iaitu: Ijma’ dan Ijtihad.
Misalnya, berniat ketika berwuduk adalah wajib seperti mana sabda Rasulullah SAW:
إنّما الاعْمالُ بِالنيّات
“) رواه البخاري: 1، ومسلم (: 1907
Terjemahan: Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat.
Niat berpuasa pada malam hari adalah syarat sahnya puasa sebagaimana sabda Rasulullah:
مَنْ لَم يبيّتِ الصّيَامَ قَبْلَ الفَجْرِ فلا صيام له
) رواه البيهقي: 4/202 ، الدارقطني: 2/172، وقال: رواته ثقات)
Barangsiapa yang tidak berniat berpuasa sebelum fajar, maka tiadalah puasa baginya. (Riawayat al-Bayhaqy: 4/202, al-Daruqutniy: 2/172, dan beliau berkata bahawa boleh dipercayai)
Sebagaimana kita ketahui bahawa hukum solat witir itu adalah mandubah [sunat muakkad], diambil dari hadis al-A’rabiy yang mana beliau bertanya kepada Nabi SAW tentang perkara-perkara fardu, tak lama kemudian beliau bertanya lagi: “Adakah lagi perkara yang wajib atasku selain itu?” Nabi menjawab: “Tidak, kecuali yang telah ditetapkan (sebelum ini).”
Hukum solat selepas fardu Asar adalah makruh. Hukum ini diambil daripada larangan Nabi SAW mengerjakan solat selepas fardu Asar sehingga terbenam matahari. (Riwayat Bukhari: 561, dan Muslim: 827)
Menyapu sebahagian kepala adalah wajib berdasarkan firman Allah SWT:
(#qßs|¡øB$#ur öNä3ÅrâäãÎ/
... dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, ... (al-Maidah: 6)
Maka pengetahuan kita tentang hukum hakam syar’iyah ini, secara istilahnya, dinamakan fiqh (fekah).
Kedua, hukum hakam syar’iyah itu sendiri. Berdasarkan ini, kita katakan, “anda mempelajari fiqh,” maksudnya anda mempelajari hukum hakam fekah yang terdapat di dalam kitab-kitab fekah sedia ada, yang bersumber daripada Kitab Allah (al-Quran), Sunnah Nabi SAW, Ijma’ Ulamak, dan Ijtihad mereka.
Contoh: hukum berwuduk, hukum solat, hukum jual beli, hukum nikah dan penyusuan, perang dan jihad, dan sebagainya.
Maka hukum-hukum syar’iyah ini, menurut istilah, dinamakan fiqh (fekah).
Perbedaan di antara kedua pengertian ini: bahawa yang pertama disebut memahami hukum hakam, dan yang kedua dinamakan hukum hakam itu sendiri.
Hubungkait Fiqh dengan Aqidah Islam
Ciri-ciri khas fiqh Islam, ia adalah sebagaimana yang telah kita sebutkan: hukum-hukum syar’iyah merupakan pengatur bagi perilaku dan ucapan para mukallaf – bahawasanya ia berkaitan erat dengan iman kepada Allah SWT, dan terikat sepenuhnya kepada rukun-rukun aqidah Islam, khususnya aqidah iman kepada hari akhir.
Oleh itu, aqidah iman kepada Allah SWT menjadikan seorang Muslim berpegang teguh kepada hukum-hukum agama untuk diterapkannya secara sukarela.
Orang yang tidak beriman kepada Allah SWT tidak memenuhi kewajiban solat, puasa, dan tidak mengambil kira halal haram dalam perbuatannya. Kewajipan hukum syarak kerana ia merupakan cabang daripada iman yang telah diturun dan disyariatkan Allah kepada hamba-Nya.
Terdapat banyak contoh-contoh dalam al-Quran yang menerangkan hubungkait antara fiqh dengan iman. Cukuplah kita sebutkan sebahagiannya sahaja untuk melihat bagaiman kaitan antara hukum dan iman, dan di antara syari’ah dan aqidah:
1) Allah Azza wa Jall memerintahkan bersuci dan menjadikan yang demikian itu sebagai kewajipan iman kepada-Nya. Firman-Nya:
$pkr'¯»t úïÏ%©!$# (#þqãYtB#uä #sÎ) óOçFôJè% n<Î) Ío4qn=¢Á9$#
Sumber: Artikel Sentral ==> http://artikel.syafrein.com
Perihal Penulis
Artikel ini diterjemahkan dari buku Fiqh Manhaji Mazhab Imam Syafi'i (الفقه المنهجي على مذهب الإمام الشافعي) oleh مصطفى الخن، مصطفى البغا، علي الشربجي (الجزء الأول في الطهارة والصلاة)
Rating: Not yet rated
Comments 
bAtXNW vqvtbfuyeymo, [url=http://fqdtxifftqmv.com/]fqdtxifftqmv[/url], [link=http://skxsugnxkdmy.com/]skxsugnxkdmy[/link], http://gihrpgswpkcj.com/
l7lJpX fttdztymhljw, [url=http://vuvrzdpxerxz.com/]vuvrzdpxerxz[/url], [link=http://jbtvrdscidet.com/]jbtvrdscidet[/link], http://fgljtyypjwyg.com/